aku dan Masuri, Jakarta 1979
aku dan latiff 1979
aku dan Suratman (1982)
Kerana gerakanlah manusia membentuk dan menamakan kehidpannya. Dengan tindak-tanduk dan keupayaannya bekerja, kehidupan bergerak mengisi daerah dan waktu. Dan, dalam gerakannya, manusia memerlukan komunikasi. Tanpa komunikasi, manusia tidak akan terbentuk sebagai satu unit yang kita namakan masyarakat. Dengan adanya dialog pula, manusia dapat berkomunikasi secara dua hala. Tanpa dialog, masyarakat tidak akan menemui keutuhan, keharmonian dan kesejalinan. Jadi, wajarlah Suratman menamakan antologinya dengan Gerak dan Dialog.Selanjutnya sila klik imej di sebelah kiri anda.
Berita Minggu 040885
Pengertian tentang kritikan menjadi semakin luas kerana kita menyedari bahawa sesebuah hasil seni tidak sahaja mengisi ekspresi jiwa seseorang pengarang tetapi merupakan juga imitasi kehidupan yang banyak meninggalkan kesan kepada audiennya. Kritikus adalah tali penyambung yang mengingatkan karya sastera dengan kehidupan dan tugasnya adalah untuk menetapkan perhubungan antara kedua-duanya. Demikianlah antara cebisan esei sastera ini.Selanjutnya sila klik imej di sebelah kiri anda
KE LAMAN UTAMA
KE LAMAN WICARA