 |
Bertugas sebagai guru sejak 19 Mei1967 sehingga bersara 26 September 2010. Di samping mengajar di beberapa buah sekolah rendah, pernah juga bertugas sebagai penulis khas di Institut Perkembangan Kuriukulum Singapura (CDIS), Pensyarah sambilan di Institut Pendidikan Nasional, Pembimbing bengkel untuk guru Bahasa Melayu di Jabatan Pelatihan Guru (Training Branch), Kementerian Pendidikan Singapura (MOE), dan Ketua Jabatan Bahasa Ibunda (HOD/MT) di Sekolah Rendah Griffiths, |
Guru Pakar (Master Teacher) di Sekolah Kelompok Timur Tiga (CE3) dari 01 April 2004 hingga 31 Disember 2009, dan Guru Pakar di Pusat Bahasa Melayu Singapura dari 02 Januari 2010 hingga bersara pada 26 September 2010.
Pernah bergiat dengan Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS 50), Mendaki, Majlis Pusat, Badan Kesenian Melayu, Kelab Masyarakat Tampines West, Majlis Penyelaras Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), dan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS).
| Mula menulis dalam tahun 1975. Karya pertama yang tersiar di akhbar Berita Minggu pada tahun 1976 berupa sajak yang bertajuk “Puisimu Dijelma Senja”. Selain puisi, saya menulis cerpen, esei sastera / kritikan, novel, dan novel kanak-kanak. Antara karya yang pernah dibukukan ialah enam novel kanak-kanak bersama Mohd Latiff Mohd, novel “Tumpas” (1977), Antologi Cerpen “Getar-getar Senja” bersama Peter Augustine Goh, dan lain-lain lagi |
 PUISIMU DIJELMA SENJA |
 |
Bersama sembilan orang guru BM, saya meneraju pembikinan buku cerita untuk murid-murid P1 dan P2 dalam siri Cerita dari Taman Haiwan Singapura yang ditaja oleh Zoo Singapura dan Teachers Network.
Pernah memenangi Hadiah Sastera dan Hadiah Penghargaan. Antaranya ialah novel Tumpas (1977-1978), Esei Sastera “Sastera Berunsur Agama; Ke Mana Arah Kita” (1979-1980), dan esei “Mengesan Kreativiti Sastera Mutakhir” (1981-1982). |
Saya juga pernah menerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) pada tahun 2003, Long Service Award (1998), Tampines Friends Award daripada Tampines West Grassroots Organisations (2000). Anugerah Guru Arif Budiman (2007), Long Service Award (15 years) on voluntary Service of Community (2009), Fellow of Teachers Network (2005, 2008 & 2009), dan Outstanding Resources Teachers Award (2008)
 Pelajar Terbaik TTC 1970 |
 Hadiah Sastera 1979 |
 Tampines Friends Award 2000 |
 Diploma Pengurusan Jabatan 2001 |
 Pingat Bakti Masyarakat 2003 |
 Guru Pakar 2004 |
 Anugerah Guru Arif Budiman 2007 |
 Fellow of Teachers Network 2009 |